HERALD issued show-cause letter
New Straits Times, Tuesday 12th August 2008, pg.5
Herald telah diberi amaran oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan ‘permit-breach’ kerana Herald telah menulis artikel tentang jihad yang ditulis oleh seorang paderi Amerika dan artikel bertarikh 22 Jun berkenaan Islamic courts. Editor Herald, Fr. Lawrence Andrew sudah confirm yang Herald sudah diberi amaran, tetapi beliau ingin pihak kementerian untuk memberi definasi pihak kementerian sendiri ke atas subjek agama dan skop yang dibenarkan ke atas subjek berkenaan. Beliau juga telah menyatakan bahawa isu Herald seterusnya akan berkisar tentang by-election Permatang Pauh yang akan datang.
_________________________________________________________
Saya minat membaca Herald, khasnya apabila ia memaparkan berita2 tentang Gereja Katolik dan persekitarannya serta peranan gereja di dalam isu-isu antarabangsa. Cuma bermula akhir tahun lepas (2007), artikel2 Herald telah mula berbau politik pembangkang. Mula dengan isu Hindraf, Bersih, Pilihanraya Umum 2008. Herald seakan-akan mempunyai sentimen anti-kerajaan. ye la, saya faham bahawa pihak Gereja ingin menyedarkan golongan muda Katolik akan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, sebagai rakyat yang celik, sebagai lapisan generasi baru, sebagai bakal pemimpin yang berwibawa, sebagai penganut Katolik yang beriman. Tetapi apabila artikel2 Herald yang pada pikiran saya telah mula mempunyai sentimen pembangkang dan sesetengah orang telah mempunyai sentimen anti-bumiputra, saya telah mula terasa seperti tersepit di antara tanggungjawab saya sebagai seorang kakitangan kerajaan pusat, seorang penganut Katolik dan seorang bumiputra. apabila ada golongan yang telah mula mempersoalkan hak bumiputra dan kedudukan agama persekutuan, saya pun mulalah menjadi seorang yang 2 muka - satu untuk golongan bumiputra dan satu lagi untuk bukan-bumiputra. Saya malu dengan sikap saya ini, dan saya ingin meminta maaf sekiranya ada yang terkejut dan marah dengan pengakuan saya ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya ingin mengingati anda semua bahawa saya maseh lagi merupakan seorang warganegara Malaysia berstatus bumiputra, dan saya mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak saya. Bagi anda yang mempersoalkan kerelevanan 4 perkara yang dilindungi oleh Akta Hasutan 1948, yakni kedudukan agama persekutuan, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 di dalam Perlembagaan Persekutuan, saya tak tahu apa yang saya patut perkatakan. Cukuplah saya memperkatakan bahawa jangan disoal benda2 tersebut - LET IT SLIDE. Tolonglah jangan menyoal benda2 tersebut lagi, biarlah ia berlalu. Kalau tak puas hati dengan kuota, tolonglah minta ditambahkan lagi kuota untuk yang tak cukup dengan saluran yang betol di sisi undang-undang (i nak quote rangkap kedua Rukunegara).
Namun begitu, saya betul-betul berharap bahawa Herald bukanlah suara sebenar gereja saya. Dalam hati saya, maseh lagi saya berharap bahawa suatu hari nanti, kita akan sangat-sangat mencintai negara kita dan tiada lagi perasaan meluat antara kaum, sehinggakan kita tidak perlu lagi menghadiri kursus Bina Negara dan tidak perlu lagi menggunakan AKta Keselamatan Dalam Negeri.
Sebenarnya, saya saja je merapu pasal semua yang ada kat atas. You all tahu tak betapa penatnya menghadiri kursus bina negara anjuran Biro Tatanegara? memang seronok woo… tapi penat nak mampos, kena dengar lecture, latihan kumpulan, masok hutan, tido tak cukup. Barangkali sebab ada orang yang maseh nak buat lawak pasal hak bumiputra ni la yang aku ni terpaksa pegi memenatkan diri. you all ni tak baik tau… huhuhu…

Leave a Reply